Keindahan pantai pulau ini serta tarikan warisan lamanya menjadikan Pulau pinang destinasi pelancongan yang amat popular. Ada yang sering menyatakan Pulau Pinang merupakan pusat makanan terlazat di Malaysia. Memang tidak rugi jika anda berjalan-jalan ke Pulau Pinang. Jika anda tidak tahu tempat yang menarik, anda juga boleh dapatkan pakej percutian ke Pulau Pinang.
Bagi menikmati udara gunung yang nyaman dan pemandangan panoramik yang menarik anda boleh berkunjung ke Batu Feringhi yang terletak di pinggir laut utara. Ia merupakan tempat kegemaran pelawat yang datang dari jauh dan dekat. Terdapat banyak tempat untuk dilawati oleh pelancong, antaranya ialah seperti bangunan Komtar, Bukit Bendera, Botanical Garden, Batu Ferringhi, Penang Bird Park, Bazar Chowarasta dan Taman Negara Pulau Pinang. Hentian Rehat dan Rawat, Bagan Ajam, Pantai Molek, Butterworth, Persiaran Gurney , Persisiran Pantai Queensbay,dan banyak lagi.
Pakej Percutian ke Pulau Pinang
Pakej Percutian ke Pulau Perhentian
Pulau Perhentian merupakan satu destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi. Pulau ini terletak 21km dari pinggir pantai Terengganu dan kira-kira 25km daripada Kuala Besut, Besut – daerah paling utara di Terengganu. Terdapat dua pulau yang sering dikunjungi pelancong iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau ini merupakan tempat pelancongan yang menarik kerana menyajikan panorama yang indah. Memang rugi jika anda tidak merakamkan gambar apabila berkunjung ke sini . Pulau Perhentian juga banyak menyediakan pakej-pakej menarik kepada pelancong. Pulau Perhentian menjanjikan sebuah percutian yang hebat di Malaysia dengan udara yang bersih, nyaman serta pantai yang menarik dengan air yang kebiruan. Ia juga menjadi syurga kepada penyelam-penyelam. Memang tidak rugi jika anda mendapatkan pakej percutian ke Pulau Perhentian. Macam-macam pengalaman dan kenangan yang anda pasti tidak dapat lupakan.
Pakej Percutian ke Pulau Pangkor
Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka, Pantai Barat Semenanjung di negeri Perak. Pulau Pangkor unik dengan kekayaan alam semulajadi yang terpelihara semenjak zaman berzaman. Luasnya cuma 2200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25000 orang. Feri ke Pulau Pangkor menyediakan perkhidmatan yang selesa ,cepat dan selamat. Perjalanan Feri dari jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor mengambil masa 1/2jam. Pulau Pangkor memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan. Pulau Pangkor dengan kombinasi perkampungan nelayan yang mempesona serta resort yang mewah merupakan destinasi percutian yang mengagumkan. Pulau Pangkor adalah syurga bagi pencinta alam dan mereka yang meminati sukan outdoor. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti jungletrekking dan sebagainya. Anda boleh merancang percutian anda dengan mendapatkan promosi pakej percutian yang menarik. Pihak agensi akan menguruskan penginapan dan tempat-tempat menarik yang ingin anda lawati di sana.


