
Pakej Percutian ke Sabah sememangnya menjanjikan satu kenangan yang tidak boleh dilupakan terutama pada mereka yang pertama kali mengunjunginya. Memang tidak puas sebenarnya jika Pakej Percutian ke Sabah itu cuma selama seminggu. Pelbagai jenis AKTIVITI boleh anda rasai; termasuk meredah bukit (trekking), menaiki rakit, menyelam, mendaki gunung dan terdapat pusat peranginan pinggir pantai yang hebat untuk anda berehat selepas itu.
Anda juga boleh membeli belah di’tamu’ atau pasar tempatan di Kota Belud, Lebuh Gaya di Kota Kinabalu atau berhampiran Gunung Kinabalu. Kota Kinabalu ialah bandar raya kosmopolitan dengan beberapa pulau di luar pesisir pantainya. Taman Negara Kinabalu ialah Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia dan Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095m menjadi daya tarikannya.
Jauh ke pendalaman, Hilir Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong dan Lembah Danum juga boleh diterokai untuk melihat flora dan fauna yang eksotik. Tapak menyelam seperti Mabul, Lankayan, Layang Layang dan Mantanani menawarkan pemandangan kehidupan laut yang mengagumkan dan penginapan yang selesa. Hanya lawatan pada siang hari dibenarkan di Sipadan, salah satu tempat menyelam yang terhebat di dunia.
Antara tempat-tempat menarik yang akan anda kunjungi dengan adanya Pakej Percutian ke Sabah ini ialah;
Sepilok Orang Utan Sanctuary
Ia adalah salah satu destinasi pelancongan terletak di 25 km dari bandar Sandakan, Sabah Malaysia. Ini adalah tempat yang terbesar di dunia bagi Pusat Rehabilitasi Orang Utan. Kawasan ini seluas 11,000 hektar hutan dara telah disisihkan bagi kawasan perlindungan Orang utan.
Gua Gomantong
Gua Gomantong yang berjarak sekitar 32km selatan Sandakan, adalah rumah bagi lebih daripada satu juta burung Walet. Dalam gua, burung membina sarang mereka tinggi pada dinding dan atap gua. Sarang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Sungai Kinabatangan
Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang di Sabah dan merupakan hotspot bagi kepelbagaian kehidupan mamalia dan burung. monyet, Orang utan liar, buaya muara, kucing liar dan dan pelbagai lagi spesies yang paling menarik dan luar biasa yang menduduki hilir dataran sungai tersebut.
Poring Hot Springs
Poring Hot Springs terletak di sempadan selatan Kinabalu Park. Jika anda ingin ke sana, perjalannya lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu atau 40km dari Taman Kinabalu. Tempat ini boleh merehatkan badan anda yang keletihan setelah puas berjalan di Kota Kinabalu. Terdapat banyak kolam air panas yang menarik di sini.
Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau ini merupakan tempat yang diakui oleh penyelam antarabangsa dan pembuat filem terkenal Jacques Cousteau sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Jika anda berkesempatan ke sana, di harap bolehlah kongsikan cerita anda di sini.
Banyak lagi sebenarnya destinasi percutian dan tempat menarik di Sabah jika anda mengikuti mana-mana Pakej Percutian melalui travel agensi atau agensi pelancongan. Di harap anda seronok dengan percutian anda ke Sabah.