
Pernahkah anda mendapatkan Pakej Percutian ke Singapura. Saya sendiri belum sampai lagi ke sana. Katanya banyak tempat yang mengkagumkan terdapat di sana. Antaranya adalah seperti Taman Merlion (Merlion Park), Esplanade, Masjid Sultan (Kampung Glam), Pulau Sentosa dan juga Vivo City.
The Merlion, yang menjadi mercu tanda negara ini. Seperti biasa, lokasi popular ini tidak pernah sunyi dari tumpuan pelancong. Selain itu, lokasi pelancongan yang menjadi kebanggaan di Singapura iaitu Singapore Flyer. Roda Ferris tertinggi di dunia mempunyai ketinggian bangunan 42 tingkat iaitu 165 meter. Apa yang mengagumkan adalah, menerusi roda ini pelancong dapat melihat sebahagian daripada pulau yang terletak di negara jiran iaitu Batam serta sebahagian Johor.
Sesetengan pakej percutian ke Singapura juga akan membawa anda ke Night Safari, sebuah zoo yang menempatkan haiwan yang aktif pada waktu malam. Bukan pergi Zoo sahaja, anda juga akan dibawa ke taman burung terbesar yang terletak di kawasan Jurong.
Banyak lagi tempat menarik yang bakal anda lawati sekiranya mendapat pakej percutian di agensi pelancongan atau travel agency. Antaranya ialah Singapore Science Center, Arab Street, Orchard Road, Padang dan Sentosa Island.

Tahukah anda apakah pulau yang paling popular bagi pengunjung di Malaysia? Banyak pengunjung yang gemar mendapatkan pakej percutian ke pulau-pulau ini mungkin kerana ia terkenal dengan keindahan dan kacantikan tempatnya. Antara pulau-pulau popular yang sering mendapat permintaan dalam pakej percutian ialah pulau perhentian, pulau tioman, pulau redang, pulau pangkor, pulau sipadan, pulau kapas, pulau sibu dan pulau langkawi. Adakah anda pernah mendapatkan pakej pelancongan ke pulau-pulau ini?

Pakej Percutian ke Sarawak akan membawa anda mengunjungi negeri Sarawak melihat tempat-tempat yang menarik. Sarawak bukan sahaja terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik tetapi merupakan antara negeri yang bersih di Malaysia. Pakej Percutian ke Sarawak akan membawa anda ke lokasi paling masyur iaitu bandar Kuching. Memang banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sini. Antara tempat menarik melalui Pakej Percutian ke Sarawak adalah seperti berikut;
Kuching Waterfront merupakan tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat air sungai yang tenang dan bersih . Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Di sana, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.
Bagi penggemar pencinta alam, Taman Negara Bako sudah pasti menjadi pilihan utama untuk menikmati kehijauan flora dan melihat sendiri hidupan-hidupan liar. Monyet Proboscis atau dikenali sebagai ‘Orang Belanda’ merupakan tarikan utama pengunjung ke taman ini. Taman Negara tertua di Sarawak ini menggabungkan laut, pantai, paya, hutan dan tanah tinggi ini dikatakan mempunyai lebih 600 spesis tanaman bunga, termasuk 49 spesis orkid serta spesis haiwan dan spesis burung. Trek terpanjang di Taman Negara Bako adalah sejauh 10.5 kilometer ke Tanjung Kruin manakala yang paling pendek adalah ke Tanjung Sapi yang hanya berjarak 800 meter.
Pakej Percutian ke Kampung Budaya Sarawak
Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Ia juga digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching . Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
Banyak lagi sebenarnya tempat menarik di Sarawak sekiranya anda mengambil Pakej Percutian ke Sarawak. Jika anda mempunyai rakan atau saudara di sana bolehlah menumpang di rumah mereka. Di sana, anda akan merasai makanan masyarakat Sarawak yang unik.